Input your search keywords and press Enter.

Amaran! Penggunaan Bunga Api Ketika Sambutan Tahun Baru

M Update, 31/12/2019 – Polis Kedah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya bermain bunga api khususnya sempena sambutan Tahun Baru 2020 malam ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya tidak melarang persatuan, syarikat ataupun persendirian menyambut tahun baru, namun menegaskan semua pihak mematuhi undang-undang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menggunakan bahan tersebut, mereka perlu mengemukakan permohonan membakar bunga api.

“Jika ingin sambut (tahun baru dengan bunga api) silakan, namun ikutlah undang-undang ditetapkan. Kita tidak mahu kejadian seperti Klang hingga menyebabkan kematian sebelum ini berulang kembali,” katanya.

Dalam kejadian di Klang sempena sambutan Tahun Baru 2017 lalu, seramai 10 orang melecur akibat terkena percikan api dan ledakan dari jarak dekat di Kompleks Sukan Pandamaran.

Kejadian dipercayai berpunca daripada masalah ledakan awal berikutan bunga api itu meletup sebelum ia ditembakkan lebih tinggi ke udara lalu terkena khalayak pengunjung berhampiran.

Dalam perkembangan lain, Zainuddin turut mengingatkan orang ramai berhubung penggunaan dron supaya tidak dilakukan sesuka hati bagi mengelak sebarang gangguan.

Leave a Reply