Input your search keywords and press Enter.

Jangkitan Influenza Di Johor Terkawal

M Update, 8/1/2019 – Orang ramai jangan panik dan risau, kes jangkitan influenza di Johor masih terkawal dan tidak menunjukkan wabak, -Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Aman Rabu.

Pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan.

Setakat ini tidak ada wabak. Influenza terdapat banyak jenis iaitu A, B dan C tetapi kita tidak spesifik untuk satu-satu influenza sahaja untuk dipantau.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Jabatan Kesihatan Negeri telah membuat saringan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengenal pasti pelancong atau individu dari negara berkenaan yang mempunyai simptom demam.

Sekiranya ada (kes individu mempunyai simptom), siasatan lanjut akan dibuat dan akan dikuarantin jika perlu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply