Input your search keywords and press Enter.

Jenazah Farhan Fudhail Selamat Dikebumikan

M Update, 8/1/2019 – Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Dis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Turut menghadiri pengembumian Mohammad Farhan Fudhail, 16, yang mesra dipanggil ‘Shabby’ ialah ratusan rakan dan kaum keluarga termasuk ibunya Furhzanatul Natasha Mohd Sazali, 30-an, yang bekerja sebagai jururawat di Australia.

Terdahulu, jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam menerusi pesawat Malaysia Airlines terus dibawa ke Kuantan dan tiba Masjid Tok Sira di sini pada 11.20 malam tadi untuk disolatkan.

Mohammad Farhan Fudhail meninggal dunia selepas terlanggar tiang semasa bermain papan selaju dan difahamkan mangsa cuba memperlahankan papan selajunya semasa meluncur menuruni bukit sebelum kejadian itu.

Allahyarham yang merupakan pelajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini, difahamkan ke negara itu bersama adiknya Farranazatul Fiqa, 15, untuk bertemu ibu mereka, yang merupakan kebiasaan mereka pada cuti persekolahan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply