Input your search keywords and press Enter.

YDPA Terima Menghadap PM Mesyuarat Pra-Kabinet

M Update, 8/1/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan yang sulung untuk tahun ini (2020).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata mesyuarat di Istana Melawati, Putrajaya itu bermula pada 8 pagi dan berlangsung selama 55 minit.

Mesyuarat pada hari ini merupakan pertemuan sulung untuk tahun ini (2020) di antara Al-Sultan Abdullah dan Tun Dr Mahathir. Kedua-dua pemimpin kelihatan mesra dan penuh teliti semasa mesyuarat yang telah berlangsung hari ini.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri.

Sumber : Bernama

Leave a Reply