Input your search keywords and press Enter.

Kento Momota Keluar Hospital

M Update, 15/1/2020 – Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai sudah keluar Hospital Putrajaya, malam tadi.

Media yang mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita mengenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu, melihat dua buah kenderaan konvoi tiba di sebuah hotel dekat sini.

Seorang lelaki dengan pembalut luka, dilihat keluar dari sebuah daripada dua kenderaan MPV berkenaan. Mereka dipercayai ditemani beberapa pegawai rasmi badminton dari Jepun dan Malaysia.

Dalam kejadian 4.40 pagi kelmarin, van yang membawa Momota dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merempuh sebuah lori, menyebabkan pemandu van B Nageswarau, 24, maut di tempat kejadian manakala Momota, pembantu jurulatih Yu Hirayama, 35; pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi, 42; dan William Thomas, 30, seorang operator sistem Hawkeye, cedera.

Momota menjuarai kejohanan Masters Malaysia dengan menumpaskan bekas juara dunia dari Denmark Viktor Axelsen di peringkat akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad. – BERNAMA

Leave a Reply