Input your search keywords and press Enter.

Keputusan STAM Diumumkan 22 Januari Ini

Gambar Hiasan

M Update, 15/1/2020 – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 akan dikeluarkan pada 22 Januari hadapan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan semalam berkata, seramai 9,826 calon mendaftar dan menduduki peperiksaan itu pada 2019 di 234 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja.

Daripada jumlah itu, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah seramai 2,854 individu; sekolah menengah agama negeri (4,540 individu); sekolah menengah agama rakyat (709 individu), sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (87 individu); calon persendirian (1,497 individu); dan calon luar Kemboja (139 individu).

KPM berkata calon boleh mendapatkan keputusan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh itu. Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu, katanya.

KPM berkata semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui SMS dengan menaip STAMAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Januari dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 28 Januari.

Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan. – HM Online

Leave a Reply