Input your search keywords and press Enter.

Imam Digantung Tugas Selepas Jantina ‘Isteri’ Terbongkar

Mutumba tidak menyangka isteri yang dikahwininya pada bulan lalu sebenarnya adalah seorang lelaki.

M Update, 17/01/2020 – Gara-gara berkahwin dengan lelaki yang menyamar sebagai wanita, seorang imam di Uganda digantung tugas.

Sheikh Mohammed Mutumba, 27, mengetahui jantina sebenar ‘isteri’ yang dikahwini pada bulan lalu itu selepas lelaki tersebut ditahan kerana mencuri televisyen dan pakaian milik jiran mereka.

Identiti sebenarnya terbongkar selepas anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap ‘isteri’ imam tersebut.

Media tempatan di Kayunga melaporkan pencuri terbabit mengaku dia menyamar sebagai seorang wanita dan menggunakan nama Swabullah Nabukeera.Suspek kemudiannya mengaku nama sebenarnya ialah Richard Tumushabe dan dia berkahwin dengan imam berkenaan kerana mahu mencuri wang miliknya.

Susulan insiden itu, Mutumba memberitahu, dia sangat kecewa dan memerlukan khidmat kaunseling.Katanya, dia tidak pernah melakukan hubungan intim bersama ‘isterinya’ kerana penyamar itu mendakwa sedang haid.

Amisi Kibunga berkata, dia juga terpedaya kerana isteri rakannya itu mempunyai suara yang lembut dan berjalan seperti wanita.

Ketua Imam, Sheikh Isa Busuulwa berkata, langkah penggantungan tugas itu perlu untuk memelihara integriti. – Agensi

Leave a Reply