Input your search keywords and press Enter.

Program Sarapan Percuma Fasa Pertama Bermula Hari Ini

M Update, 20/1/2020 – Kira-kira 37,000 pelajar dari 100 sekolah di seluruh negara mula menikmati sajian sarapan menerusi Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama yang bermula hari ini.

Sajian percuma yang juga sebagai penambahbaikan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) itu mula diagihkan kepada murid sebelum sesi persekolahan bermula pagi ini. Antara bentuk sajian yang disediakan kepada pelajar termasuk nasi goreng, air serta buah-buahan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rashim, turut berkesempatan mengunjungi Sekolah Kebangsaan Seri Suria, di Puchong bagi meninjau pelaksanaan program itu pagi ini.

Sebelum ini PSP 2020 bakal memberi manfaat itu kepada 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan. PSP adalah usaha menerapkan pengambilan sarapan pagi dan gaya hidup sihat agar murid-murid lebih fokus ketika sesi pembelajaran.

Khamis lalu, Perdana Menteri yang juga Pemangku Menteri Pendidikan berkata, Kementerian Pendidikan akan meneruskan PSP 2020 seperti yang dijadualkan bermula hari ini. Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir program terbabit hanya khusus untuk murid yang kurang berkemampuan. – BH Online

Leave a Reply