Input your search keywords and press Enter.

Ibu Pengsan Tiga Anak Ditahan Positif Dadah

M Update, 21/1/2020 – Seorang ibu pengsan apabila tiga anaknya ditahan dalam operasi Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Sarawak di sini.

Menurut Ketua Daerah AADK Mukah, Felynora Joseph Na, ketiga-tiga anak wanita berkenaan adalah antara 22 individu yang ditangkap kerana positif dadah.

“Seorang ibu pengsan apabila anaknya ditahan anggota penguatkuasa AADK dalam operasi selama empat hari oleh AADK Mukah yang berakhir semalam. Operasi sekitar kawasan Mukah, Balingian, Igan, Matu, Daro dan Belawai berjaya mencekup 22 individu positif dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah mereka yang ditahan berusia antara 14 hingga 48 tahun. Katanya lima tangkapan dibuat di Mukah, enam di Balingian, empat di Igan, lima di Belawai dan satu masing-masing di Matu dan Daro.

“Enam daripada 22 yang ditahan adalah pasangan adik-beradik,” katanya.

Felynora berkata kesemua suspek sudah menjalani ujian saringan air kencing ketika pemeriksaan dijalankan dengan 15 daripada mereka positif Methamphetamine, empat positif ganja serta tiga positif Methamphetamine dan ganja. Katanya semua kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BH Online

Leave a Reply