Input your search keywords and press Enter.

Kejamnya! Bapa, Kekasih Biar Anak Tinggal Dalam Rumah Dipenuhi Najis Anjing

Keadaan lantai rumah yang dipenuhi najis anjing.

M Update, 21/01/2020 – Sepasang kekasih dihukum penjara selepas memaksa seorang budak lelaki berusia dua tahun tinggal di dalam sebuah rumah dipenuhi najis anjing.

Joey Ridener, 30 dan Tammy Hammos, 35 ditahan pada jumaat selepas polis melakukan pemeriksaan di kediaman mereka di London, Kentucky.

Ketika polis tiba, mereka menjumpai kanak-kanak itu bermain di atas lantai dipenuhi najis haiwan itu.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu juga tidak mandi selama berhari-hari.

Ridener dan Hammos memberitahu polis bahawa mereka tidak ingat berapa kali terakhir kanak-kanak itu mandi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan polis, kanak-kanak itu turut bermain dengan sebotol cecair peluntur yang boleh dihidu di seluruh rumah itu.

Polis turut memberitahu pinggang mangkuk kotor turut bertimbun atas lantai dan juga kabinet dapur.

Ridener juga bapa kepada kanak-kanak itu dan Hammons ditahan dan didakwa atas pertubuhan penderaan tahap pertama terhadap kanak-kanak tersebut.

Leave a Reply