Input your search keywords and press Enter.

PPR : Pemohon Perlu Ikuti Kursus Induksi

M Update, 21/1/2020 – Pemohon baharu Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu mengikuti kursus serta program induksi sebelum diluluskan menduduki rumah berkenaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, buat masa ini pihaknya masih dalam proses merangka kaedah itu dan mungkin diperkenalkan pada Jun ini. Katanya, menerusi kaedah itu ia secara tidak langsung membantu pihaknya membuat saringan lebih teliti pada pemohon yang benar layak sebelum meluluskan permohonan mereka untuk mendiami sesuatu PPR.

“Kita akan buat satu kaedah di mana pemohon PPR yang berpotensi akan ditapis sebaiknya. Mereka ini harus mengikut garis panduan yang ditetapkan. Selain itu kita juga kita akan memperkenalkan sistem merit kepada penghuni yang melanggar peraturan.

“Penghuni yang didapati melanggar peraturan, kita berhak untuk mengusir mereka dan menggantikan dengan pemohon lain.

“Dengan adanya kaedah itu, kita dapat memastikan harta benda di PPR itu terjaga, tiada lagi keadaan yang kotor serta lambakan warga asing atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di sini hari ini.

Zuraida dalam ucapannya turut menyatakan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan perasaan bangga dengan KPKT dan mengucapkan terima kasih kerana kementerian itu dilihat bergerak atas landasan serta menunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Dalam pertemuan saya dengan Tun M (Tun Mahathir), beliau ucapkan terima kasih atas pencapaian yang dilaksanakan pada tahun lalu.

“Dalam semua empat bahagian utama bawah KPKT, janji satu juta rumah dalam tempoh 10 tahun itu dilihat bergerak atas landasannya. Maknanya sasaran itu dapat dicapai dan dalam masa 10 tahun kita dapat sempurnakannya atau mungkin lebih awal dari itu,” katanya. Here you have the chance to place real https://clickmiamibeach.com/ money bets online with more than 200 options, from Pots to a few unique odds, more than 700 amazing online roulette games, and more than 50 other casino games.

Leave a Reply