Input your search keywords and press Enter.

Koronavirus: Agong Zahir Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Foto : Bernama

M Update, 31/1/2020 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menerima menghadap rombongan Kementerian Kesihatan yang memaklumkan perkembangan dan situasi kes coronavirus di Istana Negara di sini.

Majlis menghadap diketuai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong.

Noor Hisham memaklumkan, dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang bersiap siaga mengawal keselamatan negara dan kesihatan rakyat.

“Baginda turut bertitah mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan kejadian jangkitan tanpa usul periksa. Daulat Tuanku,” katanya dalam catatan yang disiarkan di laman sosial Facebooknya, hari ini. – BH Online

Leave a Reply