Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2020

Pakai Penutup Muka, Hidung Ikut Kesesuaian Situasi

M Update, 30/1/2020 – Situasi semasa penularan coronavirus pada masa ini tidak menjadi satu tuntutan kepada orang awam untuk memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat umum. Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Benedick Sim, berkata ia kerana status penularan coronavirus tidak mencapai tahap membimbangkan kerana…

Kes LTTE: Permohonan Jaminan ADUN Gadek Ditolak

M Update, 30/1/2020 – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan jaminan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan yang ditahan kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu dengan mengambil kira LTTE masih digazet sebagai…

Koronavirus : Empat Lagi Individu Ditahan Sebar Berita Palsu

M Update, 30/1/2020 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan empat lagi individu disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di laman media sosial. SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua suspek yang berusia 24 hingga 49 tahun itu…

Hukuman Lebih Berat Bagi Pemandu Mabuk

M Update, 30/1/2020 – Kabinet bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh…

Malaysia Mahu Bawa Pulang 78 Rakyat Dari Wuhan

M Update, 29/1/2020 – Kerajaan sedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China dengan segera, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar ditugaskan bagi memohon kebenaran China, untuk membolehkan kerajaan mengambil rakyat negara ini dari bandar raya itu yang kini ditutup susulan penularan…

Gempa Bumi Bermagnitud 7.7 Menggegarkan Kepulauan Caribbean, Antara Jamaica Dan Cuba

M Update, 29/01/2020 – Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan kepulauan Caribbean, antara Jamaica dan Cuba. Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada penduduk di ibu kota Cuba, Havana. Gegaran dirasai sejauh tanah besar Amerika Syarikat, di mana polis di Miami mengosongkan beberapa bangunan sebagai langkah berjaga-jaga. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS)…

Keselamatan Negara dan Wawasan Kemakmuran Bersama

Di dalam sesebuah negara, kemakmurannya bergantung kepada keseimbangan menyeluruh terhadap persekitaran yang aman, aktiviti sosio-ekonomi yang mapan, hubungan masyarakat yang stabil, kemajuan prasarana yang memenuhi keperluan penduduk serta keupayaan memelihara kelangsungan kehidupan rakyat seharian. Prasyarat utama kepada kemakmuran sesebuah negara adalah keadaan aman dan selamat yang mengizinkan keseimbangan tersebut mengambil…

Agong Sekali Lagi Bantu Mangsa Kemalangan

M Update, 29/1/2020 – Keperibadian mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila baginda membantu mangsa kemalangan. Ketika dalam perjalanan ke program Majlis Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri pagi ini, Seri Paduka menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya…

29 Pegawai Kadet PALAPES Cedera Kemalangan

M Update, 29/1/2020 – Seramai 29 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara dan tiga jurulatih cedera selepas kenderaan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kemalangan petang semalam. Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, insiden itu berlaku apabila kenderaan terbabit hilang kawalan kerana kegagalan fungsi brek semasa…

Taman Tema MAPS Ditutup

M Update, 29/1/2020 – Selepas beberapa berita mengenainya disiarkan media, taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini akhirnya ditutup bermula semalam. Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation…