Input your search keywords and press Enter.

TPM : Pelaksanaan PPSMI Belum Muktamad

M Update, 3/2/2020 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih belum dimuktamadkan. Beliau berkata, ia berikutan perbincangan berhubung perlaksanaannya masih di peringkat awal.

“Perkara itu masih dalam perbincangan awal, keputusan masih belum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Hokkien Klang semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelaksanaan dasar itu. Perdana Menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya Jumaat lepas menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara. – Bernama

Leave a Reply