Input your search keywords and press Enter.

Jackie Chan Tawar RM580,000 Untuk Vaksin Koronavirus

M Update, 7/2/2020 – Bintang aksi tersohor Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (RM587,709) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar wabak koronavirus.

Aktor yang membintangi filem terbaharu, Vanguard itu memuat naik status di aplikasi Weibo pada Selasa tentang rasa prihatinnya ke atas epidemik koronavirus yang kini melanda China dan puluhan lagi negara di dunia.

Seniman itu berharap untuk menghulurkan bantuan semampunya selain memberikan sokongan kepada pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan. – Astro Awani

Leave a Reply