Input your search keywords and press Enter.

Budak Basikal Lajak ‘Diangkut’ Naik Van Jenazah

M Update, 11/2/2020 – Aktiviti basikal lajak semakin menjadi ikutan remaja dan ia semakin membimbangkan kerana jika tersilap langkah maut mengundang.

Pelbagai langkah diambil oleh ibu bapa termasuk pihak berkuasa antaranya menyita basikal mereka ketika ditahan. Namun di Klang, lain caranya bagi memberi kesedaran kepada remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti basikal lajak.

Geng basikal lajak itu bernasib baik apabila ditahan sekumpulan lelaki yang hanya memberi amaran selain memberi mereka pengalaman menaiki van jenazah. Pengalaman luar biasa itu dikongsi oleh Wan Cai di Facebooknya sebelum tular di laman sosial.

Menerusi kapsyen di Facebook katanya, “Tidak ada jenazah nak bawa malam ini, budak-budak lajak pun jadi la abang aji kaut (angkut) letak dalam van jenazah.”

Dia dipercayai cuba menimbulkan rasa insaf dalam diri sekumpulan remaja itu. Video berdurasi 3 minit 18 saat itu memaparkan, seorang budak lelaki menangis ketika ditegur menipu semata-mata mahu bermain basikal lajak.

Budak lelaki berusia 12 tahun itu dilihat insaf dan mengakui kesilapannya menipu ibu bapanya yang konon rakannya ajak keluar kerana ada program, sebaliknya bermain basikal lajak. Begitu juga rakannya dari Pelabuhan Utara Klang, mengaku baru keluar rumah untuk membeli barang dan tidak bermain basikal lajak.

Apabila digertak mahu meninggalkan dia di dalam van jenazah, budak berusia 12 tahun itu menangis dan mengakui kesalahannya. Dia memberitahu keluar dari rumah jam 11 malam dan belum pulang sehingga jam 3 pagi ketika rakaman dibuat oleh lelaki tersebut.

Dalam pada itu, sebelum mengakhiri rakaman, lelaki tersebut sempat memberi kata-kata nasihat kepada dua remaja itu supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti basikal lajak kerana ia mengundang bahaya. – SH Online

Leave a Reply