Input your search keywords and press Enter.

‘Pelamin Anganku Musnah’ Ditipu Lebih RM400,000

M Update, 11/2/2020 – Impian seorang pengurus jualan dan kewangan sebuah syarikat swasta di sini mencari jodoh secara dalam talian, bukan saja tidak kesampaian, malah membuatkan dia kerugian lebih RM420,000 akibat ditipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata lelaki berusia 22 tahun berasal dari Gurun itu, dikatakan mengenali ejen cari jodoh itu pada Oktober tahun lalu. Katanya, mereka kemudian berhubung secara dalam talian sekitar Oktober lalu, sebelum diperdaya suspek melalui laman sosial yang digunakan bagi mencari pasangan.

“Mangsa kemudian membuat bayaran sebanyak RM422,745.93 melalui transaksi pindahan wang untuk tujuan mendapatkan jodoh sejak Oktober lalu.

“Malah sehingga kini mangsa masih dihubungi suspek yang memintanya membuat bayaran, namun mangsa berasa ditipu kerana tiada pasangan jodoh yang ditawarkan kepadanya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Elias berkata, orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan sebarang iklan pencarian jodoh di laman sosial untuk mengelak ditipu. Katanya, orang ramai juga perlu berwaspada sebelum membuat sebarang pembayaran transaksi kepada pihak ketiga. – BH Online

Leave a Reply