Input your search keywords and press Enter.

Pesara Didenda RM5,000 Sebar Berita Palsu Covid-19

M Update, 12/2/2020 – Seorang pesara Jabatan Keretapi Negeri Sabah hari ini didenda RM5,000 atau berhadapan 10 bulan penjara jika gagal berbuat demikian bagi kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan Covid-19.

Majistret Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu kepada Aliuudin Amit, 67, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan secara sedar mengedarkan satu kenyataan dalam aplikasi WhatsApp mendakwa seorang banduan meninggal dunia kerana Covid-19 di Penjara Sandakan.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 70, Jalan Selunsung, Taman Sempelang, Kota Kinabalu pada 9.34 malam, 23 Januari lalu. Aliuudin didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Aliuudin, yang tidak diwakili oleh peguam, berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan bertegas tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa atas perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Franklin Ganggan Bennet memberitahu mahkamah rayuan itu bukan faktor utama untuk pertimbangan hukuman ringan. Sebaliknya, beliau berkata mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam berikutan kesalahan itu adalah serius dan boleh menyebabkan ketakutan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

Leave a Reply