Input your search keywords and press Enter.

Rompak Kedai Emas, Semua Suspek Sudah Diberkas

M Update, 24/2/2020 – Suspek terakhir kes rompakan sebuah kedai emas di pusat beli belah di Bukit Tinggi, Klang, diberkas malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek kelima itu berjaya ditangkap pada 9 malam.

“JSJ Selangor sudah menangkap seorang lelaki yang dikehendaki bersabit kes itu di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang. “Siasatan mendapati, suspek S Steven Egburd berumur 25 tahun mempunyai beberapa rekod jenayah lampau iaitu satu rekod mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, dua rekod Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan satu rekod dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kesemua suspek terbabit berjaya diberkas kurang tempoh 24 jam dari kejadian itu.

Terdahulu, akhbar melaporkan, pengunjung pusat beli-belah di Bukit Tinggi, Klang dikejutkan dengan kejadian rompakan kedai emas kira-kira jam 10.15 malam. Beberapa video tular di media sosial termasuk satu video dipercayai seorang suspek dalam keadaan cedera terbaring di dalam kedai emas terbabit.

Turut kelihatan sebuah video memaparkan pengawal keselamatan mengacukan pistol ke arah dua penjenayah yang melarikan barang kemas terbabit. – HM Online

Leave a Reply