Input your search keywords and press Enter.

Terengganu Negeri Terbaik STPM 2019

Foto Hiasan

M Update, 25/2/2020 – Terengganu menjadi negeri terbaik di peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan hari ini.

Kejayaan itu sekali gus menobat Terengganu sebagai negeri terbaik STPM dua tahun berturut-turut dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi PNGK peringkat nasional 0.25 sekali gus rekod terbaik di negeri.

Lebih manis apabila kejayaan itu meningkat berbanding pencapaian pada tahun lalu iaitu PNGK 2.99.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman, berkata seramai 72 daripada 2,275 calon berdaftar memperoleh semua A dengan PNGK 4.00 pada tahun ini berbanding 47 daripada 2,327 calon pada tahun 2018.

“Seramai 1,283 calon mendapat PNGK 3.00 ke atas berbanding 1,268 calon pada 2018. “Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) mencatat PNGK 3.41 diikuti Sekolah Menengah Agama Maarif (SMAM), 3.39 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas, 3.29,” katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2019 Terengganu di SMK Sultan Sulaiman, di sini hari ini.

Menurutnya, sejarah turut tercipta di negeri ini apabila semua sekolah lulus 100 peratus dengan pencapaian PNGK sekolah luar bandar lebih tinggi iaitu 3.06 berbanding di bandar, 3.01. – BH Online

Leave a Reply