Input your search keywords and press Enter.

Ajal Dua Beranak Dirempuh Kenderaan

M Update, 26/2/2020 – Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kenderaan di Jalan Baru Baling-Kupang, berdekatan Kampung Telok Teduri, Pulai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa, Siti Aminah Daud, 50, dan anaknya, Norshahirah Wan Sulaiman, 18, dari Kampung Telok Teduri, Pulai, dipercayai dalam perjalanan ke pekan Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Syed Basri Syed Ali, berkata secara tiba-tiba mangsa dirempuh pemandu Perodua Alza berusia 33 tahun dari arah belakang menyebabkan mereka tercampak.

“Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata, pemandu kereta berkenaan sudah membuat laporan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikuti Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Leave a Reply