Input your search keywords and press Enter.

Nafi Arah Jauhi Kawasan Bangsar Dan Pantai – Noor Hisham

M Update, 3/3/2020 – Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan Pantai dan Bangsar di Kuala Lumpur dalam tempoh 10 hari akan datang kerana jangkitan Covid-19 seperti yang tular menerusi media sosial.

Beliau berkata laporan Bernama yang menyatakan bahawa seolah-olah Dr Noor Hisham yang mengeluarkan nasihat sedemikian adalah tidak tepat.

Perenggan tidak tepat dalam berita berkenaan telah dimasukkan dalam laporan berita yang memetik kenyataan Dr Noor Hisham memuji tindakan segera pakar perunding kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Sanjiv Joshi, yang secara suka rela menjarakkan dirinya dari hospital, klinik dan keluarganya selama 14 hari.

Dr Sanjiv diuji negatif bagi Covid-19 namun beliau terus kuarantin dirinya semasa tempoh inkubasi kerana ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

“Dr Sanjiv merawat kes 29 (wanita berusia 35 tahun yang berkongsi bilik dengan kes 24) yang kemudiannya diuji positif Covid-19. Dr Sanjiv kemudian sukarela menjarakkan dirinya bagi tempoh 14 hari (daripada orang awam), saya berharap semua kontak rapat beliau akan mencontohi tindakan beliau untuk melakukan apa yang betul,” kata Dr Noor Hisham menerusi catatan Facebook rasminya malam tadi. – BH Online

Leave a Reply