Input your search keywords and press Enter.

Polis Kesan Saksi Kemalangan Maut Dua Motosikal

M Update, 3/3/2020 – Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan dua motosikal di Jalan PJS 2 Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu, Ahmad Aizat Fikri Abdul Sukor, 26, seorang pemilik bengkel motosikal maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal jenis SYM VF31 ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah motosikal lain menyebabkannya terbabas dan terhumban di tengah jalan.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa kemalangan yang menunggang Yamaha Ego LC hanya cedera ringan. Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan bagi memastikan punca sebenar kemalangan.

Saksi yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Leave a Reply