Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Ke Indonesia Diminta Mendaftar Di Kedutaan

M Update, 4/3/2020 – Rakyat Malaysia yang berada atau berkunjung ke Indonesia, diminta mendaftar dengan kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, berikutan perkembangan terkini di negara ini yang dikesan tersenarai dalam negara dijangkiti virus COVID-19.

“Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia, yang belum berdaftar dengan Kedutaan, boleh berbuat demikian di jaringan https://goo.gl/ixYVfy atau menghantar emel ke jkonsular@gmail.com.,” menurut kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan.

Pada 2 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengesahkan dua rakyatnya positif COVID-19, menjadikan ia kes pertama di negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu.

Jokowi berkata dua warganegara itu ialah seorang wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya, 31, berasal dari Depok, sebuah kota berhampiran Jakarta. Jokowi berkata kedua-dua rakyatnya itu dilaporkan bertemu dan berurusan dengan seorang warga Jepun yang ke Indonesia baru-baru ini (14 Feb), sebelum warga Jepun itu berlepas ke Malaysia yang kemudiannya disahkan positif virus itu.

“Rakyat Malaysia juga dinasihat agar mematuhi arahan dan merujuk kepada maklumat yang tepat daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan rekod, lebih 2 juta rakyat Malaysia berkunjung ke Indonesia setiap tahun. – BERNAMA

Leave a Reply