Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kes Covid-19 Di Hospital Jempol

M Update, 9/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan berita yang tular di media sosial kononnya terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Hospital Jempol.

Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, sehingga hari ini tiada sebarang rawatan atau kes Covid-19 di hospital itu dan beliau meminta orang ramai menghentikan penularan berita palsu tersebut.

“Setakat ini, Hospital Jempol tidak menerima mana-mana kes Covid-19 yang positif dari kawasan Mahsan, Jempol. “Mohon jangan sebarkan berita tidak benar dan dapatkan maklumat rasmi daripada Kementerian Kesihatan sebelum menyebarkan sebarang maklumat bagi mengelakkan kebimbangan awam,” katanya melalui kenyataan di Facebook rasmi Hospital Jempol hari ini.

Hari ini, tular di media sosial mendakwa terdapat empat kes positif Covid-19 melibatkan lelaki yang tinggal di Mahsan, Jempol selepas pulang dari China. Sementara itu katanya, tujuh anggota kesihatan di Klinik Kesihatan Mantin, Nilai yang dikatakan dikuarantin selama 14 hari selepas merawat pesakit yang disyaki Covid-19 adalah prosedur biasa.

Katanya, walaupun pesakit disahkan negatif Covid-19 namun setiap kakitangan yang merawatnya perlu dikuarantin mengikut prosedur seperti yang ditetapkan.

Leave a Reply