Input your search keywords and press Enter.

Tabung COVID-19 Dilancar Bantu Mangsa Kuarantin

M Update, 11/3/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan melancarkan Tabung COVID-19 dengan dana permulaan RM1 juta, bagi bantu rakyat yang terjejas akibat tidak dapat bekerja kerana dikuarantinkan.

Perdana Menteri berkata, semua pihak sama ada orang ramai dan syarikat diminta menyumbang kepada tabung berkenaan yang akan diagihkan semula kepada pihak yang memerlukan.

Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan kepada mereka dalam tempoh menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988’ selama 14 hari atau menjalani rawatan di hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh KKM.

Sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan rawatan tersebut.

Untuk menderma,
TABUNG COVID-19

Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA
No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4

Leave a Reply