Input your search keywords and press Enter.

PKP: KWSP Lanjutkan Tarikh Bayaran Caruman Wajib

M Update, 13/4/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertindak melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP bagi bulan April 2020 kepada majikan yang terjejas perniagaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KWSP dalam satu kenyataannya berkata, majikan boleh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac bermula dari 15 hingga 24 April ini.

Bayaran caruman itu boleh dilakukan melalui laman sesawang KWSP iaitu eCaruman dalam portal i-Akaun (Majikan), perbankan internet atau pun di kaunter bank yang dilantik. – BH Online

Leave a Reply