Input your search keywords and press Enter.

Masjid India, Kuala Lumpur Dan Kawasan Sekitar Diisytihar PKPD ke-5

M Update, 14/4/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diperluaskan di kawasan sekitar Masjid India, di sini mulai hari ini sehingga 28 April, menjadikannya PKPD kelima setakat ini.

Mengumumkannya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penguatkuasaan PKPD itu termasuk di Jalan Mushi Abdullah, Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

“Serentak dengan itu juga, kawasan PKPD di Menara City One di Jalan Mushi Abdullah, Selangor Mansion dan Malayan Mansion dilanjutkan sehingga 28 April kerana peningkatan kes dalam kalangan penghuni,” katanya.

Katanya, langkah itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan mendapati pertambahan jumlah kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan. – BH Online

Leave a Reply