Input your search keywords and press Enter.

Ingkar PKP: Individu Bagi Tips Tipu Polis Dicari

M Update, 17/4/2020 – Polis sudah mengenal pasti ahli keluarga yang berkongsi tip menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tindakan akan diambil terhadap keluarga terbabit.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan orang ramai tidak sepatutnya berbangga melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lebih penting, katanya, tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Semalam tular di media sosial mengenai ahli keluarga menunjukkan mereka pulang ke Kuala Lumpur dan memberi tip bagaimana cara untuk menipu polis.

“Saya nak ingatkan jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk melanggar PKP.

“Pihak polis sudah mengenal pasti dan tindakan akan diambil. Tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, tambahan pula mereka mengaku (di laman sosial) ingkar kepada arahan dan peraturan di bawah PKP.

“Tolong jangan bangga dan anggap diri sebagai ‘hero’ kerana akhirnya tindakan akan diambil dan susahkan diri mereka dan keluarga,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply