Input your search keywords and press Enter.

6 Kriteria Tentukan PKP Disambung Atau Tidak

M Update, 23/4/2020 – Enam kriteria utama perlu diambil kira untuk menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung atau tidak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum PKP diputuskan bersambung atau tidak.

“Kriteria pertama ialah kawalan sempadan yang penting untuk mengelakkan kes import berlaku dan perkara ini kita belajar daripada negara lain.

“Kriteria kedua, kawalan pergerakan untuk memastikan tiada rakyat tempatan dijangkiti dan pentingnya untuk rakyat berada di rumah.

“Kriteria ketiga pula adalah berkenaan peningkatan fasiliti kesihatan, manakala kriteria keempat ialah keperluan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kriteria kelima pula adalah mengenai mengadaptasi normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai pelindung muka yang perlu dilakukan masyarakat hari ini.

“Kriteria keenam ialah pemerkasaan komuniti yang penting untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu,” katanya. – BH Online

Leave a Reply