Input your search keywords and press Enter.

Waktu Operasi Pengangkutan Diawalkan, Pasar Ditutup Lewat Ramadan Ini

M Update, 23/4/2020 – Waktu operasi perkhidmatan pengangkutan awam akan diawalkan sejam, iaitu bermula jam 4 petang hingga 10 malam pada Ramadan ini.

Ini berikutan, ramai pekerja dan kakitangan dibenarkan pulang awal oleh majikan masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasar juga akan ditutup sehingga jam 2 petang bagi tujuan pembelian barang keperluan.

“Sebelum ini, pasar basar akan dibuka sehingga jam 12 tengah hari sahaja tetapi bagi memudahkan orang ramai membeli persediaan berbuka puasa dan sahur, ia akan ditutup jam 2 petang,” katanya. – BH Online

Leave a Reply