Input your search keywords and press Enter.

Ujian COVID-19 Di Singapura Tak Terpakai, Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah

M Update, 24/4/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung pengurusan kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Tambak Johor dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata susulan itu ujian COVID-19 yang dilakukan di Singapura tidak lagi terpakai serta tidak lagi menjadi rujukan pihak berkuasa bagi kemasukan rakyat Malaysia bekerja di Singapura di pintu masuk negeri ini.

Tiada lagi kuarantin di rumah bagi mereka yang mempunyai surat ujian negatif COVID-19 yang dibawa balik dari Singapura sebaliknya mereka akan dihantar terus ke stesen kuarantin diwartakan kerajaan.

“SOP baharu itu membabitkan ketibaan warga/penduduk tetap/pemegang pas jangka panjang yang memasuki negara ini perlu melalui pengimbas suhu.

“Sekiranya tidak demam, saringan kesihatan akan dijalankan sebelum individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pemerhatian (PUS) yang mempunyai penyakit kritikal sama ada dirujuk ke hospital ataupun terus dihantar ke pusat kuarantin bagi menjalani kuarantin wajib.

“Sekiranya demam, individu yang memasuki negara ini akan terus dirujuk ke hospital bagi rawatan dan pemeriksaan susulan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply