Input your search keywords and press Enter.

Penerbangan Domestik Dibenarkan Beroperasi – Ismail Sabri

M Update, 30/4/2020 – Syarikat penerbangan yang menyambung semula penerbangan domestik sudah mendapat kebenaran operasi daripada Kementerian Pengangkutan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada halangan kepada syarikat penerbangan untuk meneruskan perkhidmatan itu sekiranya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Penerbangan domestik memang kita benarkan seperti saya umumkan (sebelum ini) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang masih lagi meneruskan penerbangan begitu juga dengan MAS (Malaysia Airlines) ke Sabah dan Sarawak.

“Malah ramai yang meminta supaya ditambah jadual penerbangan. Jika AirAsia terbang ke Sabah dan Sarawak, saya percaya ini juga bagi menampung keperluan penumpang yang mungkin tidak boleh terbang dalam waktu mereka kehendaki kerana MAS hanya sekali seminggu sahaja,” katanya ketika sidang media harian PKP hari ini.

Semalam, AirAsia menyambung semula penerbangan domestik bermula di negara ini diikuti beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, SOP sama dikekalkan yang mana penumpang mesti mendapat kelulusan polis sebelum mengambil penerbangan ke destinasi tertentu. Katanya, begitu juga bagi perjalanan ke Sabah dan Sarawak iaitu penumpang perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di negeri berkenaan. – BH Online

Leave a Reply