Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2020

Normal Baharu Perlu Dibiasakan

Malaysia memasuki fasa empat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April sehingga 12 Mei. Bermakna kita perlu terus berada di rumah dan mengamalkan jarak sosial serta mengamalkan kebersihan badan. Ketika ini kita berhadapan dengan new normal atau kebiasaan baharu akibat wabak Covid-19. Kita masih lagi tidak boleh melakukan perkara normal…

Kerajaan Benarkan Pergerakan Penderma Darah

M Update, 27/4/2020 – Kerajaan membenarkan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari 10 pagi hingga 10 malam. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu diberikan berikutan bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan…

Rakyat Tempatan Jangan Jadi Tali Barut PATI!

M Update, 27/4/2020 – Polis Kedah minta rakyat tempatan berhenti menjadi ‘tali barut’ sehingga membolehkan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya mengenal pasti banyak ‘lorong tikus’ di sempadan Thailand selain di Langkawi, Kubang Pasu dan Alor Setar sama ada…

Semua Pihak Termasuk Media Dilarang Terbangkan Dron

M Update, 27/4/2020 – Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini. Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintendan Rasha Azaldin Shafii, berkata tindakan menerbangkan dron…

Lapor Pencerobohan Hutan, Pemburuan Haram Elak Tapir Malaya Pupus

M Update, 27/4/2020 – Rakyat diseru untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku insiden pencerobohan hutan atau pemburuan haram, dalam usaha melindungi dan memulihara haiwan hutan yang diancam kepupusan termasuklah Tapir Malaya. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan hari ini berkata ini adalah penting bagi…

Pelajar IPT Mulakan Bergerak Pulang Ke Kampung Hari ini

M Update, 27/4/2020 – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar, hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan…

Tiada Kes Jangkitan Semula Di Malaysia – KP Kesihatan

M Update, 27/4/2020 – Malaysia belum merekodkan sebarang kes berkaitan jangkitan semula COVID-19 dalam kalangan pesakit yang pulih. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata, tiada bukti pesakit pulih sepenuhnya terlindung daripada jangkitan semula wabak itu. Sehubungan itu beliau berkata, semua pesakit pulih perlu menjalani sesi kaunseling…