M Update, 5/5/2020 – Kelantan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas, hari ini.
Katanya, premis makanan dibenarkan beroperasi bermula 3 petang sehingga 7 malam sahaja. – HM Online