Input your search keywords and press Enter.

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Bermula Semalam

M Update, 5/5/2020 – Pembayaran fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada kumpulan B40 dan M40 bermula semalam, berjumlah RM3.68 bilion kepada 8.3 juta penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan sudah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion.

Katanya, dengan perkembangan terkini, adalah dijangka peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM1 billion diperlukan di atas peruntukan asal sebanyak RM10 bilion.

“Sukacita juga saya mengumumkan bahawa pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan yang layak akan dibuat bermula pertengahan bulan Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perkongsian laporan keempat pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi fasa pertama BPN, pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima, peningkatan daripada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 bilion minggu lalu.

Ini juga, katanya membabitkan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). – BH Online

Leave a Reply