Input your search keywords and press Enter.

Tiada Anggota MALBATT 850-7 Dijangkiti Wabak COVID19

Foto : Bernama

M Update, 5/6/2020 – Tiada anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBAffendi Buang) (UNIFIL), di Lubnan dijangkiti wabak COVID-19.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata UNIFIL dan MALBATT mengeluarkan garis panduan dan langkah-langkah pencegahan bagi COVID-19.

“MALBATT juga telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara semasa melaksanakan tugas serta mengamalkan kebersihan diri.

“Penugasan misi MALBATT 850-7 di negara itu (Lubnan) masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berdasarkan rekod, penugasan di Lubnan kini dilaksanakan pasukan pengaman MALBATT 850-7 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) selama setahun sejak 1 Oktober tahun lalu.

Menurut laporan berita memetik Kementerian Kesihatan Lubnan, 737 kes COVID-19 dengan 25 kematian dilaporkan di negara itu sehingga Ahad lalu (3 Mei). – BERNAMA

Leave a Reply