Input your search keywords and press Enter.

Pengawal Keselamatan Warga Asing Diwajibkan Ujian Saringan COVID-19

M Update, 8/5/2020 – Semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menegaskan langkah itu diputuskan kerana pengawal keselamatan mempunyai kontak rapat dengan orang ramai terutama yang bekerja di tempat kunjungan ramai seperti pasar raya besar.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan arahan itu kepada syarikat keselamatan yang mempunyai pekerja warga asing. – BH Online

Leave a Reply