Input your search keywords and press Enter.

10 Lelaki Dicari Bantu Siasatan Kes Jenayah

Foto ;PDRM

M Update, 19/5/2020 – Polis memburu 10 lelaki bagi membantu siasatan beberapa kes bunuh, samun bersenjata serta cubaan samun di daerah Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kesemua lelaki terbabit adalah warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 39 tahun. Empat yang diburu berkait siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah L Satiya Seelan yang beralamat di Kuala Lumpur; Ahmad Harith NG Abdullah (Klang); R Darnesh (Cyberjaya) dan Tan Jiin Yeng (Pelabuhan Klang).

Empat lelaki berhubung siasatan Seksyen 395/397 adalah Ahmad Zuhdi Kadzar dari Klang; M Buginiasvaran (Rawang); Megat Irawan Ruslen (Tuaran, Sabah) dan Nazri Al Masjid (Klang).

“Dua lagi, Mohd Fadzil Mustapha beralamat di Sungkai, Perak dan Haikal Adznan dari Klang masing-masing mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki terbabit boleh menghubungi Asisten Superintendan Sukri Ayob di talian 012-5586363 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BH Online

Leave a Reply