Input your search keywords and press Enter.

Caj Kuarantin Di Hotel Bermula 1 Jun – Ismail Sabri

M Update, 20/5/2020 – Bermula 1 Jun ini, individu yang memasuki pintu masuk negara akan dikenakan caj kuarantin hotel.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata caj 100 peratus daripada kadar bayaran hotel dikenakan kepada bukan warganegara manakala 50 peratus bagi warganegara.

“Bagi warga tempatan, mereka diminta membayar 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel iaitu separuh daripada (contohnya) RM150, bermaksud separuh ditanggung kerajaan, separuh ditanggung individu terbabit.

“Bagi bukan warganegara termasuk pemastautin tetap, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos caj kuarantin hotel,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020.

Leave a Reply