Input your search keywords and press Enter.

Individu Ingkar Larangan Rentas Negeri Akan Ditahan, Kompaun

M Update, 21/5/2020 – Individu yang didapati ingkar larangan rentas negeri akan ditahan dan dikenakan kompaun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak berkuasa memandang serius larangan rentas negeri terutama perjalanan tanpa kebenaran semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

“Pasukan pemantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula menjalankan pemeriksaan di taman perumahan dan kampung bagi mengesan individu yang ingkar.

“Sekiranya tertangkap mereka akan dibawa ke balai polis untuk dokumentasi dan diberi notis kompaun,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, PDRM mengambil tindakan tegas bagi memastikan larangan rentas negeri itu dikuatkuasakan. PDRM menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk tujuan menyambut Aidilfitri.

Orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah dan mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, masih ramai yang berminat untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri meskipun operasi ketat sedang dijalankan.

Jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri terus menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda kepada 3,212 kenderaan pada Selasa berbanding 1,633 pada Isnin. -HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *