Input your search keywords and press Enter.

Boleh Rentas Negeri Untuk Tujuan Akad Nikah

M Update, 2/6/2020 – Bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.

“Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.

“Jadi mesyuarat hari ini faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dan tertakluk syarat sama, perlu ada kelulusan polis.

“Juga prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebihi 20 orang dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kebenaran turut diberikan kepada jurufoto perkahwinan yang mahu mengambil gambar pengantin sama ada ketika majlis berlangsung mahupun gambar pra-perkahwinan.

“Kita bersetuju kerana ia tidak membabitkan ramai orang dan gambar diambil di tempat terbuka seperti tasik dan sebagainya. SOP nya tetap sama, tidak boleh ramai, perlu patuh penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sebagainya,” katanya. – HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *