Input your search keywords and press Enter.

PM, 34 Pegawai Kembali Bertugas Hari Ini

M Update, 4/6/2020 – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menjalani kuarantin di rumah susulan seorang pegawai didapati positif COVID-19 akan kembali memulakan tugas di pejabat, hari ini.

Selain Perdana Menteri, semua 34 ahli mesyuarat pasca Kabinet akan turut berbuat demikian. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan ujian saringan yang dijalankan pada hari ke-13 semalam didapati juga negatif seperti sebelum ini.

“Semalam sebenarnya hari ke-14 daripada pertama kali mereka dikenakan pengasingan dan kuarantin. Kami sudah mengambil calitan dan semua ahli mesyuarat pasca Kabinet itu didapati negatif jangkitan.

“Hari ini mereka boleh memulakan kerja di pejabat dan sebagainya. Bagi pegawai yang sebelum ini didapati positif, keadaannya sudah semakin baik dan ujian calitan yang dilakukan mendapati ia memperoleh keputusan negatif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika mengulas mengenai status Perdana Menteri serta 34 pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet pada 20 Mei lalu. – BH Online

Leave a Reply