Input your search keywords and press Enter.

Kedai Makan, Serbaneka Dibenar Beroperasi Hingga 12 Tengah Malam

M Update, 9/6/2020 – Semua restoran, kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam dibenar operasi sehingga jam 12 tengah malam mulai esok.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan masa operasi itu dibuat berikutan rayuan yang diterima kerajaan daripada pengusahanya.

“Mesyuarat hari ini bersetuju restoran dan semua gerai dan outlet menjual makanan dibenar untuk beroperasi sehingga jam 12 tengah malam, namun harus ditegaskan supaya penjarakan sosial dan SOP perlu dipatuhi sepenuhnya.

“Kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam juga kita benarkan sehingga 12 tengah malam, sekarang ini sehingga jam 10 malam saja,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply