Input your search keywords and press Enter.

4 Orang Dalam Satu Kereta Kekal Seperti PKPB

M Update, 10/6/2020 – Jumlah penumpang dibenarkan berada dalam sebuah kenderaan masih tertakluk kepada Prosedur operasi standard (SOP) diitetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika ada perubahan mengenai SOP itu, kerajaan akan membuat pengumuman mengenainya.

“Sebelum ini (dalam tempoh PKPB), kita tetapkan empat orang, kemudian mengikut kapasiti kenderaan dan dari rumah yang sama.

“Dalam hal ini, SOP masih kekal sama. Jika ada perubahan kita akan umumkan nanti,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Hari ini bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memberi lebih banyak kelonggaran berbanding PKPB dan PKP.

Leave a Reply