Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kluster Gunting Rambut Direkodkan – KP Kesihatan

M Update, 16/6/2020 – Tiada kluster gunting rambut direkodkan, setakat ini, susulan tindakan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan memberikan perkhidmatan itu dari rumah ke rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas permintaan pelanggan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hanya satu kes COVID-19 disahkan hingga kini membabitkan tukang gunting rambut warga Pakistan itu, manakala 29 ujian kontak rapat adalah negatif dan dua lagi masih menunggu keputusan.

“Secara keseluruhan, jumlah individu disaring ialah 31 sahaja dan bukan 40 orang kerana ada beberapa daripada mereka yang tidak menepati atau bukan diklasifikasikan sebagai kontak rapat.

“Hingga kini, tiada kluster gunting rambut kerana hanya satu kes yang positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Leave a Reply