Input your search keywords and press Enter.

Pintu Sempadan Untuk Rakyat Singapura, Brunei Dibuka Bersyarat

M Update, 19/6/2020 – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Singapura dan Brunei masuk ke negara ini tetapi tertakluk kepada syarat timbal balas daripada kedua-dua negara itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan secara dasar bersetuju untuk membenarkan rakyat Singapura dan Brunei untuk masuk ke Malaysia tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ismail Sabri berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas itu turut mengetepikan keperluan rakyat dari kedua-dua negara terbabit untuk membuat saringan COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Bagaimanapun katanya, kelonggaran untuk membuka pintu sempadan kepada negara jiran itu tertakluk kepada syarat timbal balas dari Singapura dan Brunei.

“Kita mahu rakyat kita juga diberi kelonggaran sama untuk masuk ke Singapura dan Brunei, justeru perkara ini masih dalam perbincangan lanjut antara Wisma Putra bersama rakan sejawatan masing-masing.

“Kita akan tunggu apa perkembangan lanjut berhubung rundingan ini dan sebarang persetujuan yang berupaya dicapai akan dimaklumkan kepada umum,” katanya pada sidang selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *