Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

June 2020

Premis Anjur Majlis Sosial Ditutup Jika Kes Positif Dikesan

M Update, 25/6/2020 – Premis seperti hotel dan restoran yang menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan, akan diarah tutup jika terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan yang hadir ke majlis berkenaan. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menekankan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh…

Ibadat Korban Sempena Aidiladha Dibenarkan

M Update, 24/6/2020 – Umat Islam di negara ini dibenar menjalankan ibadat korban pada Aidiladha hujung bulan hadapan. Bagi Wilayah Persekutuan, ia hanya dibenarkan di masjid, surau atau kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa, manakala di negeri lain, tertakluk kepada Majlis Agama Islam masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri…

Penganjuran Majlis Sosial Termasuk Perkahwinan Dibenarkan Mulai 1 Julai

M Update, 24/6/2020 – Kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, pertunangan dan tahlil dengan kapasiti tidak melebihi 250 tetamu mulai 1 Julai ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi…

APMM: Hukuman Sebat Dicadang Terhadap Nelayan Asing

M Update, 24/6/2020 – Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) mencadangkan pelaksanaan sebat dikenakan terhadap nelayan asing ekoran tindakan mengusir mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memberi kesan. Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama jawatankuasa induk dan Jabatan Perikanan untuk tindakan susulan.…

KPM: Takwim Penggal Persekolahan 2020 Dipinda

M Update, 24/6/2020 – Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pindaan membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari. Ia membabitkan sekolah kumpulan A iaitu Johor,…

Jangan Salah Guna Laluan Motosikal!

M Update, 24/6/2020 – Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang memasuki lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya sehingga membahayakan penunggang motosikal tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas…

Pekerja Asing, Pemegang Kad UNHCR Dilarang Masuk Pasar Borong KL – DBKL

M Update, 24/6/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertahankan keputusan melarang pekerja warga asing serta pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) memasuki atau bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) di sini. Mengulangi pendirian itu, DBKL dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa hanya pekerja yang sah dan berdaftar serta…

Selamat Kembali Ke Sekolah, Jangan Lupa Patuh SOP

M Update, 24/6/2020 – Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik COVID-19, sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam dimulakan semula hari ini. Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai golongan pelajar, guru dan ibu…