Input your search keywords and press Enter.

MAS Tawar Diskaun 20% Bagi Tiket Penerbangan Domestik Pelajar, Guru, Pensyarah

M Update, 8/7/2020 – Malaysia Airlines Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada guru sekolah dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, bagi penerbangan domestik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran yang sama turut diberikan kepada pelajar yang menjadi ahli program MH Explorer, di laman sesawang syarikat penerbangan itu.

“Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“…manakala bagi pelajar pula, diskaun boleh dinikmati sehingga 30 Nov ini atau sehingga tempoh keahlian tamat, mengikut syarat keahlian MH Explorer,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, para guru dan pensyarah boleh mula menempah tiket penerbangan bermula dari 9 Julai hingga 10 Ogos bagi perjalanan pada 10 Julai sehingga 30 Nov ini.– BERNAMA

Leave a Reply