Input your search keywords and press Enter.

Azalina Dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat

M Update, 13/7/2020 – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu bagi menggantikan Nga Kor Ming yang meletak jawatan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, memaklumkan pemilihan Azalina dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan ke jawatan berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, membawa usul supaya Azalina menggantikan Kor Ming, dan usul disokong oleh Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dengan pelantikan itu, Azalina, yang juga bekas menteri mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat. – BH Online

Leave a Reply